Pangkalan Tentera Laut Teluk Guantanamo
Pangkalan Tentera Laut Teluk Guantanamo

Pangkalan Tentera Laut Teluk Guantanamo

Koordinat: 19°54′N 75°9′W / 19.900°N 75.150°W / 19.900; -75.150Pangkalan Tentera Laut Teluk Guantanamo adalah sebuah kawasan seluas 45 batu persegi (120 km2) yang merangkumi tanah dan laut di Teluk Guantánamo, Cuba yang mana disewa oleh Amerika Syarikat bagi digunakan sebagai stesen bahan api selepas Perjanjian Amerika Syarikat–Cuba pada tahun 1903. Pangkalan ini terletak di pantai Teluk Guantánamo di hujung tenggara Cuba. Ia merupakan sebuah pangkalan Tentera Laut Amerika Syarikat tertua di seberang laut, dan satu-satunya negara yang tidak memiliki hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat.[1] Kerajaan Cuba menentang kehadiran pangkalan tentera laut, mendakwa penyewaan ini tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa. Kerajaan A.S. mendakwa bahawa penyewaan ini adalah sah.Sejak tahun 2002, pangkalan tentera laut ini memiliki penjara tentera, kem tahanan Teluk Guantanamo untuk individu yang dituduh sebagai pengganas yang ditawan di Afghanistan dan kemudian di Iraq. Layanan buruk ke atas tahanan[2], dan penolakan perlindungan mereka di bawah Konvensyen Geneva, menjadi punca kontroversi antarabangsa.

Rujukan

WikiPedia: Pangkalan Tentera Laut Teluk Guantanamo http://cuba-pictures.com/guantanamo/ http://maps.google.com/maps?ll=19.997520,-75.14202... http://www.mpepil.com/sample_article?id=/epil/entr... http://georgewbush-whitehouse.archives.gov/news/re... http://foia.fbi.gov/guantanamo/detainees.pdf http://www.dod.mil/pubs/foi/detainees/csrt/index.h... http://zone-interdite.net/P/ http://web.archive.org/20070106020808/foia.fbi.gov... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=P... http://www.independent.co.uk/news/world/americas/r...